Home Buletin Semasa WANITA WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA

WANITA WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA

146
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang wanita warga emas maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di hadapan stesen minyak Shell, Jalan Sultan Ibrahim di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Azmir Damiri berkata, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.46 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 7.35 pagi ketika sebuah kereta dipandu dari arah KB Mall menghala ke Bulatan Padang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang pejalan kaki wanita berusia awal 70-an dipercayai sedang melintasi jalan dari bahu kiri ke bahu kanan jalan.

“Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, pemandu kereta yang sedang berada di laluan lurus tidak sempat mengelak sebelum melanggar pejalan kaki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Zon Merah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan,”katanya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan dengan hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Bharu atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Syarafuddin Ramlee di talian 09-775 2315.

Dalam pada itu, polis turut menggesa semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu serta mematuhi undang-undang dan isyarat lalu lintas yang ditetapkan demi keselamatan bersama.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here