Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan nilai rampasan lebih RM179 juta dari tahun 2024 hingga Januari tahun ini.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, jumlah itu membuktikan komitmen pihaknya berdasarkan operasi bersepadu Ops Tiris 3.0 dalam melindungi sumber negara daripada terus diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Sepanjang 2024, Ops Tiris 3.0 menunjukkan sebanyak 43,444 pemeriksaan di seluruh negara dan penghasilan kepada 2,738 kes.
“Tindakan tegas ini turut membabitkan 621 tangkapan dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM91.6 juta.
“Pada tahun lalu, jumlah pemeriksaan melonjak kepada 47,206 dan menunjukkan penurunan 14.2 peratus kepoada 2,348 kes. Nilai rampasan merekodkan sebanyan RM81.7 juta iaitu penurunan sebanyak 10.8 peratus,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja di sempadan di sini, hari ini.
Beliau berkata sepanjang Januari tahun ini, momentum penguatkuasaan diteruskan dengan pelaksanaan 3,237 pemeriksaan yang menghasilkan 183 kes.
“Operasi awal tahun ini merekodkan nilai rampasan RM5.7 juta serta membabitkan seramai 39 tangkapan,”katanya.
Katanya analisis mengikut komoditi mendapati petrol, diesel dan minyak masak kekal sebagai barangan kawalan yang paling kerap cuba diselewengkan.
“Kes membabitkan petrol mencatatkan penurunand daripada 969 pada tahun 2024 berbanding 797 tahun lalu.
“Manakala sebanyak 49 kes direkodkan pada tahun ini,”katanya.
Sementara itu, menurut beliau kes membabitkan diesel dan minyak masak turut menunjukkan trend penurunan pada tahun lalu berbanding 2024.
“Bagi diesel, jumlah kes menurun daripada 744 kes pada tahun 2024 kepada 503 pada tahun lalu.
“Manakala kes berkaitan minyak masak turut menurun daripada 479 kes pada tahun 2024 berbanding 404 kes pada tahun lalu,”katanya.
Jelasnya, selain pendakwaan dan kompaun, tindakan turut diambil termasuk penarikan dan penggantungan lesen borong dan runcit serta penggantungan kuota Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) terhadap syarikat pembungkus yang melanggar peraturan.
IMedikel TV






