Home Buletin Semasa WANITA MAUT AKIBAT TERBABAS, LANGGAR BELAKANG LORI

WANITA MAUT AKIBAT TERBABAS, LANGGAR BELAKANG LORI

200
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Seorang wanita maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas dan terlanggar bahagian belakang sebuah lori di Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata kemalangan itu berlaku pada jam 10.45 malam ketika mangsa menunggang motosikal melalui Jalan Bendang Luas dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia 22 tahun itu telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan sebelum terlanggar belakang lori yang sedang parkir di bahu kiri jalan.

“Mangsa juga disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan
Wakaf Bharu di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelas beliau, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada ketika berada di jalanraya bagi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here