Home Luar Negara VLOGGER POLITIK FILIPINA ‘MIMA ALICIA’ MAUT DITEMBAK

VLOGGER POLITIK FILIPINA ‘MIMA ALICIA’ MAUT DITEMBAK

14
0

MANILA: Seorang pengguna Vlog Filipina maut ditembak manakala pasangannya cedera selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah mereka dalam kejadian di Caloocan City, utara Filipina pada pagi Jumaat, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan pada Sabtu.

Memetik laporan Xinhua menerusi Harian Metro, polis memaklumkan mangsa maut akibat terkena tembakan di kepala, manakala pasangannya yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Polis sedang mengesan lelaki bersenjata yang menaiki motosikal dan melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Pihak berkuasa menyatakan satu pasukan petugas siasatan khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti serta memberkas pelaku, selain menyiasat motif di sebalik kejadian tembakan itu.

Media tempatan mengenal pasti mangsa sebagai seorang pengguna Vlog yang dikenali sebagai “Mima Alicia”, yang nama sebenarnya ialah Alicia Lipata. Beliau dikenali kerana menghasilkan kandungan ulasan politik di media sosial. – BERNAMA-XINHUA, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here