Home Buletin Semasa UPSI SEMARAK BUDAYA DEMOKRASI MELALUI HARI PEMILIHAN MPP

UPSI SEMARAK BUDAYA DEMOKRASI MELALUI HARI PEMILIHAN MPP

183
0

Oleh Bazli Razak@IMedikel TV

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini melaksanakan Hari Pemilihan Calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi kepimpinan 2025/2026 yang menjadi wadah penting dalam mengangkat semangat demokrasi serta kepimpinan mahasiswa di universiti itu.

Program pembukaan sistem pengundian yang diadakan di Dewan Kolej Zaaba, Kampus Sultan Azlan Shah, disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff dan turut dihadiri barisan timbalan dekan daripada setiap fakulti.

Dr. Md Amin dalam ucapannya berkata proses pilihan raya kampus memainkan peranan penting dalam melatih mahasiswa memahami prinsip demokrasi dan kepimpinan beretika.

“Jawatan adalah amanah. Jangan ikut perangai barat yang memekik terlolong tanpa berbuat apa-apa. Sebagai pemimpin, Allah Taala meletakkan amanah yang besar di pundak kita. Berkorban dan berjasalah kepada university,”katanya ketika berucap.

Beliau berkata, pemilihan MPP memberi peluang kepada mahasiswa menilai dan memilih calon yang layak serta berwibawa, selain menjadi medan membentuk generasi pelajar yang peka terhadap isu kebajikan, kemasyarakatan dan pembangunan kampus.

“Pemilihan MPP merupakan antara aktiviti tahunan signifikan dalam kalendar universiti yang bukan sahaja menonjolkan semangat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa, malah memperkukuh nilai tanggungjawab, integriti dan partisipasi pelajar dalam urusan pentadbiran kampus,”katanya.

Tambah beliau, MPP berperanan sebagai penghubung utama antara pihak universiti dan pelajar serta platform penting bagi mahasiswa menyuarakan pandangan, idea dan aspirasi mereka.

“Barisan kepimpinan baharu MPP diharapkan dapat memperkukuh budaya kepimpinan yang inklusif, progresif dan berintegriti tinggi dalam menerajui kepimpinan mahasiswa UPSI,”jelasnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here