Home Sukan UNITED MULA RISIK SESKO DI RB LEIPZIG

UNITED MULA RISIK SESKO DI RB LEIPZIG

LONDON: Manchester United sudah menghubungi RB Leipzig mengenai Benjamin Sesko selepas menjadikan bintang Slovenia itu sebagai sasaran utama mereka di jentera serangan.

Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian United memutuskan untuk memburu Sesko berbanding penyerang Aston Villa, Ollie Watkins tetapi dijangka berdepan saingan daripada Newcastle United.

Difahamkan United menghubungi Leipzig menerusi perantara untuk meneroka kemungkinan mendapatkan Sesko, yang dikatakan tersedia pada harga sekitar £60 juta (RM338 juta) hingga £70 juta (RM394 juta), termasuk bayaran tambahan.

Kelab itu juga bersedia mempertimbangkan tawaran pertukaran pemain bersama wang tunai.

Rasmus Hojlund mungkin digunakan sebagai sebahagian daripada pertukaran selepas gagal menyinar berbanding harga perpindahannya yang mencecah £72 juta (RM405 juta).

United juga sedang berusaha untuk menjual empat pemain yang dikategorikan sebagai ‘skuad buangan’ – Alejandro Garnacho, Antony, Tyrell Malacia dan Jadon Sancho – yang sebelum ini pernah bermain di Bundesliga bersama Borussia Dortmund.

Selepas mempertimbangkan sama ada mahu mendapatkan Sesko atau Watkins, United memilih untuk memberi fokus kepada penyerang tengah itu, yang menjaringkan 39 gol dalam 87 penampilan untuk Leipzig dan 16 gol dalam 41 aksi bersama Slovenia.

Difahamkan United sebelum ini menghubungi Aston Villa dengan tawaran sekitar £45 juta (RM253 juta) untuk Watkins, namun kelab itu enggan menjual dan memerlukan tawaran jauh lebih tinggi untuk mengubah pendirian mereka.

Sesko jauh lebih muda pada usia 22 tahun, tetapi kekurangan pengalaman dalam Liga Perdana Inggeris – satu aspek yang lebih disukai oleh pengurus Ruben Amorim, terutamanya selepas United sudah membelanjakan lebih £130 juta (RM733 juta) untuk mendapatkan Bryan Mbeumo (Brentford) dan Matheus Cunha (Wolves) pada musim panas ini.

United sebenarnya menyasarkan Liam Delap pada awal musim panas ini, tetapi penyerang Ipswich itu akhirnya menyertai Chelsea. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here