Home Buletin Semasa UMUR PESARAAN 65 TAHUN MASIH DALAM KAJIAN – KPPA

UMUR PESARAAN 65 TAHUN MASIH DALAM KAJIAN – KPPA

269
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Cadangan menaikkan had umur persaraan kepada 65 tahun menerima pelbagai reaksi dan pandangan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pada peringkat awal ini kerajaan melihat perkara berkenaan daripada pelbagai perspektif dan sudut, bagi memastikan sebarang keputusan kelak memberi implikasi yang baik kepada penjawat awam serta negara.

”Ia baru di peringkat permulaan dan masih dalam tindakan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

”Kita sudah mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan seperti Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan persatuan-persatuan pesara untuk mendapatkan pandangan awal,”katanya di sidang media selepas Program Ziarah Pesara Negeri Kelantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata cadangan menaikkan umur pesaraan itu masih dalam kajian dan ia turut dicatatkan dalam Dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi tujuan penelitian kerajaan.

“Sebenarnya had umur pesaraan kepada 65 ini masih dalam kajian dan ianya tercatat dalam Dokumen RMK ke-13 supaya kerajaan membuat kajian ke arah umur pesaraan 65 tahun,”katanya.

Beliau menjelaskan bahawa cadangan berkenaan dianggap diluar kebiasaan, justeru kajian dan penilitian lebih rapi diperlukan sebelum keputusan dibuat.

“Kita perlukan satu kajian dan penilitiaan lebih rapi supaya apa juga keputusan yang diambil nanti memberi manfaat kepada semua pihak,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here