Home Buletin Semasa UMPSA CATAT SEJARAH TERIMA 1,045 PELAJAR BAHARU

UMPSA CATAT SEJARAH TERIMA 1,045 PELAJAR BAHARU

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima seramai 1,045 pelajar baharu program Diploma Sesi Akademik 2026/2027 yang mula mendaftar hari ini.

Ia membabitkan seramai 539 pelajar yang mengikuti pengajian di UMPSA kampus Gambang manakala selebihnya seramai 506 di UMPSA kampus Pekan.

Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr Yatimah berkata, proses pendaftaran bermula 8.30 pagi berjalan lancar apabila sesi pendaftaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah pada pelajar dan keluarga yang menghantar anak mereka.

“Saya mengharapkan pelajar yang terpilih melanjutkan pelajaran di UMPSA akan menjalankan tanggungjawab sehabis baik dengan penuh semangat dan berdedikasi dalam usaha memburu cita-cita.

“Hari ini adalah detik bersejarah kerana UMPSA menerima jumlah pelajar baharu yang teramai mencapai 111 peratus,” katanya yang turut sama meninjau proses pendaftaran pelajar baharu, di sini hari ini.

Beliau berkata, hari ini beliau diberi peluang menyampaikan Dermasiswa B40 khusus untuk pelajar keluarga berpendapatan rendah yang mengikuti pengajian Diploma dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Katanya, tajaan ini membabitkan yuran pengajian dan wang saku bulanan turut disampaikan Bantuan Awal Insentif Pendidikan sebanyak RM1,000 kepada pelajar yang memerlukan sumbangan Yayasan UMPSA.

Beliau memberi jaminan agar nasib pelajar yang kurang berkemampuan dibantu yang sejak dahulu
menjadi keutamaan universiti.

Setiap pelajar kurang berkemampuan dari segi kewangan berpeluang mendapat peluang pendidikan yang sama dan berkualiti.

Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Farah Qaisara Amril, dia tidak menyangka terpilih menerima dermasiswa yang disediakan UMPSA.

“Saya bersyukur selepas berjaya menjejakkan ke UMPSA, bantuan yang diterima dapat meringankan beban keluarga. Impian selepas ini ingin berjaya seterusnya dapat membantu keluarga,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here