Home Buletin Semasa UMAT ISLAM MULA BERPUASA HARI INI

UMAT ISLAM MULA BERPUASA HARI INI

Umat Islam di seluruh negara mula berpuasa hari ini, 23 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Beliau berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari ini, Khamis menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumumkan tarikh itu disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Rabu lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada semalam, 22 Mac, bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Sumber: BH Online

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here