Home Luar Negara TWITTER UMUM CEO BAHARU

TWITTER UMUM CEO BAHARU

162
0

SAN FRANCISCO: Musk pada khamis membayangkan akan melantik wanita untuk menggantikannya di syarikat induk Twitter baharu yang dinamakan X corporation.

Peletakan jawatan Yaccarino daripada syarikat yang memiliki NBC, Universal dan Telemundo di mana dia bertugas sejak 2011 berlaku beberapa minggu selepas dia menemu bual Musk pada persidangan pemasaran di Miami.

Pada masa itu, ketika ditanya Yaccarino apa yang berlaku sejak pengambilalihan Twitter, musk berkata: “ia berlaku dengan baik… ia menghiburkan… namun ada kalanya huru-hara”.

Yaccarino akan berdepan dengan kesukaran untuk meraih kembali pengiklan utama yang kini takut untuk dikaitkan dengan ahli teori konspirasi dan pencipta kandungan berhaluan kanan yang Musk galakkan untuk kembali ke Twitter.

Dalam ciapan di Twitter, Musk berkata, dia akan kekal untuk mengawal reka bentuk dan teknologi di twitter, manakala Yaccarino akan memfokuskan kepada operasi perniagaan dan mengubah Twitter menjadi aplikasi untuk semua perkara digelar sebagai X.

Sejarah musk dengan huruf X dapat dikesan sehingga 1999 apabila dia membantu mencipta x.com, bank dalam talian yang kemudiannya berkembang menjadi Paypal.

Dia juga berhasrat untuk mencipta aplikasi seperti wechat di China, yang berfungsi seperti Twitter, namun pada masa sama menawarkan khidmat pesanan mesej dan pembayaran dalam talian.

Menurut laman Web Nbcuniversal, Yaccarino mengetuai pasukan dengan 2,000 orang dan “Mengemudi Perniagaan Pengiklanan untuk abad ke-21.”

Tugasnya termasuk mengekalkan hubungan baik dengan syarikat utama dunia untuk menarik pihak berkenaan mengiklankan produk dan perkhidmatan di saluran milik Nbcuniversal.

Sumber AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here