Ketika itu kesemua mangsa berada di sekitar sungai kira-kira jam 5 petang waktu tempatan di kampung Youlou, Cheriba dengan angka kematian setakat ini seramai 33 orang.
Katanya dalam kenyataan semalam keselamatan di kawasan ini sedang dipertingkatkan
Kebanyakan kawasan, termasuk wilayah barat boucle du mouhoun dalam keadaan darurat sejak mac lalu, ketika kerajaan berusaha memerangi serangan pengganas.
Burkina Faso menyaksikan dua rampasan kuasa tentera pada 2022 dan memerangi pemberontakan yang melintasi mali pada 2015.
Sementara itu, sumber tempatan mengesahkan penyerang menunggang motosikal dan melepaskan tembakan secara rambang dan semua mangsa yang terkorban dikebumikan kelmarin.
Orang ramai di cheriba pula berkata, tiga mangsa cedera dalam serangan itu, selain menjelaskan pelaku membakar harta benda sebelum menembak.
Presiden peralihan burkina, kapten ibrahim traore yang melakukan rampasan kuasa terbaharu pada 30 september lalu, menetapkan matlamat untuk menawan semula 40 peratus wilayah di negara itu yang dikawal pejuang yang bergabung dengan al-qaeda.
Berdasarkan pertubuhan bukan kerajaan, keganasan itu menyaksikan lebih 10,000 terbunuh, selain dianggarkan dua juta orang kehilangan tempat tinggal.
Sumber AFP
Imedikel TV






