ANKARA: Lebih 60 juta pengundi berdaftar layak mengundi, termasuk 4.9 juta pengundi kali pertama dan sebanyak 191,885 peti undi disediakan, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Majlis Pilihan Raya Turkiye, lebih 1.89 juta pengundi – sebanyak 1,895,430 mengundi di kedutaan dan pintu pemeriksaan kastam setakat 10 pagi waktu tempatan (0700GMT) pada Khamis.
Pengundian di misi diplomatik berakhir pada Rabu, manakala pengundian di pintu pemeriksaan kastam berakhir 5 petang waktu tempatan (1400GMT) Ahad.

Pada pilihan raya 14 Mei, seramai 1,839,470 rakyat Turkiye di luar negara keluar mengundi.
Presiden Recep Tayyip Erdogan menyeru orang ramai keluar mengundi.
Berjuta-juta pengundi keluar mengundi pada 14 Mei untuk memilih presiden negara itu dan 600 Ahli Parlimen.
Pada pilihan raya pusingan pertama Erdogan mendahului dengan 49.52 peratus dan pada pusingan penentu beliau akan berdepan ketua pembangkang dari Parti Rakyat Republikan (CHP), Kemal Kilicdaroglu.
Sumber: HMetro Online & BERNAMA
Imedikel TV






