MUZAFFARABAD: Agensi pengurusan bencana Pakistan menerusi kenyataan semalam, berkata semua mayat sudah ditemui, manakala mangsa yang cedera, termasuk seorang kanak-kanak dibawa ke hospital tempatan serta dikatakan dalam keadaan kritikal.
Keadaan cuaca buruk menghalang operasi mencari dan menyelamat (SAR), selain menyukarkan akses ke lokasi terpencil.
Adalah amalan biasa bagi suku kaum nomad memindahkan kambing dari dataran Punjab ke padang rumput di lembah Kashmir, diikuti ke Gilgit-Baltistan melalui Laluan Shounter, ketika musim panas.

Sementara itu, Perdana Menteri, Shehbaz Sharif dalam kenyataan berkata, tragedi seumpamanya meningkat sejak kebelakangan ini ekoran kesan perubahan iklim.
Beliau, antara lain, menyeru masyarakat antarabangsa menunaikan tanggungjawab untuk menyelamatkan negara membangun yang berdepan cabaran ekonomi akibat kesan buruk perubahan iklim.
Pakistan sejak beberapa tahun lalu, merekodkan hujan monsun dan pencairan glasier di pergunungan utara, sekali gus menjadi antara 10 negara paling berisiko menghadapi bencana alam akibat perubahan iklim.
Sumber: BH Online & REUTERS
Imedikel TV






