Home Politik ‘TUNJUKLAH BUKTI, KALAU KITA BUAT, TEGURLAH’ – ANNUAR MUSA

‘TUNJUKLAH BUKTI, KALAU KITA BUAT, TEGURLAH’ – ANNUAR MUSA

144
0

GUA MUSANG: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid diminta mengemukakan bukti berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan aset kerajaan negeri untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa berkata dakwaan yang dibuat Timbalan Perdana Menteri itu tidak berasas jika tidak disertakan bukti.

“Dakwaan saya melalui Facebook mengatakan Barisan Nasional (BN) menggunakan fasiliti kerajaan berasas apabila saya turut sertakan bukti bergambar.

“Jadi apabila Timbalan Perdana Menteri mengatakan kita juga mungkin ada menggunakan aset kerajaan negeri, tunjukkanlah kalau kita (Kerajaan Kelantan) ada (buat) tegurlah.

Tegur, kita akan baikilah kalau ada tapi jangan sebut saja tak ada bukti,” katanya selepas menyampaikan Ceramah Perdana Pertahan Nenggiri di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh, di sini, malam tadi.

Semalam media melaporkan Kerajaan Persekutuan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan kenderaan milik kerajaan termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) digunakan untuk kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau turut meminta pihak terbabit mengemukakan bukti bagi memudahkan siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tidak menolak Kerajaan Negeri yang diterajui PAS melakukan perkara sama menggunakan aset negeri ketika berkempen. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here