Home Buletin Semasa TULAR VIDEO POSTER #JUSTICEFORZARA DITURUNKAN DI RXZ MEMBERS 7.0

TULAR VIDEO POSTER #JUSTICEFORZARA DITURUNKAN DI RXZ MEMBERS 7.0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Tular rakaman video memaparkan tindakan seorang individu menurunkan sebuah poster #justiceforZara ketika Himpunan RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Komoleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Terengganu.

Video berdurasi 40 saat itu dikongsi di platform Tiktok dan difahamkan individu terbabit terpaksa menurunkan poster tersebut atas arahan pihak tertentu.

“Assalamualaikum semua. Saya terpaksa menurunkan poster #justiceforZara atas arahan tertentu. Jadi ini benda yang sangat sensitif.

“Poster #justiceforZara tidak boleh dipamerkan di event RXZ Members. Jadi saya terpaksa turunkan, saya minta maaf semua. InsyaAllah sama-sama kita akan naikkan balik,”kata individu terbabit dalam video berkenaan.

Sehingga kini video itu ditonton lebih 500,000 tontonan dan lebih 4,000 komen.

Bagaimanapun video berkenaan mengundang pelbagai reaksi yang melahirkan rasa tidak puas hati.

Pengguna Tiktok Mus mahat 02 berkata;”Kami akan cari fakta bukan auta untuk keadilan adik Zara dan rakyat Malaysia.

Manakala pengguna Tiktok Bell Poning berkata;”Xpe bang poster xblh pamer kn tapi hati kter semua ttp justice for Zara bang.

Himpunan RXZ Members 7.0 berlangsung dua hari dan berakhir semalam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here