Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV
Kebanyakan daripada masyarakat kita adalah penggemar kopi. Lambakan café yang menghidangkan kopi tumbuh bak cendawan di seluruh Malaysia termasuk di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Biasanya, harga kopi di café agak mahal berbanding di warung atau kedai biasa. Disebabkan itu juga, harga yang dipamerkan juga agak mahal.
Persoalannya adakah ianya berbaloi kepada pelajar kerana mungkin ia akan menjejaskan kewangan mereka memandangkan ramai dalam kalangan pelajar lebih gemar melepak sama ada untuk tujuan peribadi atau belajar secara berkumpulan.
Wartawan Imedikel TV bertanyakan pendapat dan komen orang ramai berkenaan trend tersebut.
Fatin Syakira, 26, dari Kuantan,Pahang, berkata tidak salah melepak di cafe kayangan asalkan berpada-pada.
“Dulu ketika saya belajar di IPT, saya memang selalu lepak di cafe-cafe kayangan kerana saya suka pada persekitaran yang estetik dalam cafe itu, suasana cantik ada seni jadi orang bukan sekadar nak masuk beli coffee malah berasa ingin lepak dan bergambar mesra bersama rakan-rakan.
“Memang harga makanan dalam café agak mahal tapi saya memang selalu spend duit untuk lepak di café kayangan seperti Starbuks dan lain-lain. Selain dari tu, memang ramai pelajar yang selalu lepak tapi saya tengok bukan sekadar habiskan duit ada juga di kalangan mereka yang buat studygroup,”katanya ketika dihubungi pemberita bagi mengulas berkenaan isu tersebut.
Manakala, Syafika Rahman, 22, dari Perak pula berpendapat pelajar sekolah mahupun IPT sepatutnya hanya makan di kedai biasa sahaja.
“Sekarang ni makin banyak café-café yang jual coffee harga kayangan, dalam masa sama mereka Tarik pelajar untuk makan dekat sana, bagi saya itu tidak menjadi masalah tapi pelajar itu sepatutnya berpada-pada dalam membeli kerana kalau setiap minggu lepak di café botak lah kepala ibu bapa mereka itu,”katanya.
Asyraf Noor, 25, dari Kuantan berpendapat pelajar lepak di café kayangan kerana terdapat banyak kemudahan lebih-lebih lagi penggunaan jaringan internet di café tersebut.

“Kawan-kawan saya selalu ajak lepak-lepak di café kayangan kerana kedai yang ada pendingin haba dan juga boleh dapat wifi yang free, itu sahaja yang menjadi sebab kenapa pelajar suka lepak di café kayangan.
“Saya rasa kalau minuman coffee yang dijual juga berbaloi harga kayangan sebab rasa yang sedap lepas tu rasa lain dari dekat gerai dan susah nak dijumpai, selain itu kalau nak healing minum kopi dalam aircond juga sesuai, mungkin harga kayangan sebab servis kedai itu sendiri seperti kedai tertutup nampak mewah lepastu cara pembuatan itu tersusun lebih kemas,”katanya. Adakah kopi kayangan, harga kayangan sesuai untuk pelajar kita?
Imedikel TV






