Home Sukan ANCELOTTI BAKAL KEMUDI BRAZIL DI COPA AMERICA 2024

ANCELOTTI BAKAL KEMUDI BRAZIL DI COPA AMERICA 2024

MADRID: Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti akan membimbing Brazil di Copa America yang akan berlangsung di Amerika Syarikat tahun depan.

Presiden Konfederasi Bolasepak Brazil, Ednaldo Rodrigues mengesahkan perkara itu ketika melantik pengendali sementara untuk tempoh 12 bulan akan datang, bos Fluminense, Fernando Diniz.

“Falsafahnya (Diniz) hampir sama dengan pengendali yang akan mengambil alih pasukan di Copa America, Ancelotti.

“Kita tidak memanggilnya sebagai pengendali sementara. Dia datang untuk mempersiapkan Brazil bagi Ancelotti,” kata Rodrigues.

Ancelotti masih mempunyai baki semusim dalam kontraknya di Madrid dan Copa America hanya akan bermula pada 20 Jun tahun depan.

Pengendali dari Itali itu belum pernah membimbing skuad kebangsaan tetapi antara jurulatih paling berjaya di peringkat kelab.

Dia memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan sekurang-kurangnya satu gelaran di lima liga tertinggi Eropah.

Sumber BH Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here