KOTA BHARU: “Jadi, nak kata tips secara spesifik, macam saya kata tadi, kita kena tengok faktor punca utama dia lah. Jadi yang penting kalau kita menghadapi kesukaran dalam hidup contohnya kita bekerja apabila kita ada masalah, faktor ni banyak macam faktor tempat kerja, faktor di rumah, faktor kewangan dan sebagainya, kita kena cuba cari penyelesaian dia, jadi kita kena cuba cakap dengan seseorang kita kena dapatkan bantuan sebenarnya. seseorang yang mengalami kemurungan ini mereka perlukan bantuan sebab apabila mereka murung mereka buntu. mereka tak tahu apa jalan terbaik. kadang-kadang kalau, contohnya kalau mereka mengalami rumahtangga yang toksik atau suami yang panas baran, kalau punca tu suami kita perlu dapatkan rawatan segera, kebanyakan perempuan mereka suka pendam, mereka tak nak bercerita, jadi mereka menanggung kesengsaraan sendiri.
Apa-apa sahaja masalah kita cuba cari jalan penyelesaiannya, kita cuba bercakap dengan seseorang, kita cuba mendapatkan bantuan contohnya mengalami masalah kewangan, mungkin ada tempat kita boleh tuju untuk kita memohon bantuan. -DR FARIZA YAHYA, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Psikiatri HRPZ II
Imedikel TV






