KOTA BHARU: Keselamatan pesakit merupakan agenda utama dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia selari dengan resolusi mesyuarat pertubuhan kesihatan sedunia ke-72 berkenaan Global Action On Patient Safety.
Menurut kenyataan media, penglibatan ini terbukti memberikan impak yang ketara dalam memastikan pesakit selamat, meningkatkan kadar kepuasan pesakit dan tahap kesihatan pesakit.
Majlis Perasmian Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2023 peringkat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Auditorium Blok Pentadbiran HUSM, Kubang Kerian, di sini, hari ini.
Pada tahun ini (2023), Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia bertemakan “Engaging Patients for Patient Safety”, fokus diberikan bagi mengiktiraf penglibatan pesakit, keluarga dan penjaga mereka secara aktif dalam memastikan penjagaan yang selamat.
Mengikut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Unit Keselamatan pesakit pada tahun 2018 – 2020, insiden berkaitan masalah informed consent atau persetujuan bermaklumat termasuk dalam 15 insiden tertinggi yang berlaku di seluruh Malaysia.
Justeru, semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu dalam memperbaiki masalah in supaya pesakit dan keluarga lebih terlibat dalam keputusan perawatan mereka.
Hospital USM mengadakan kempen keselamatan pesakit sepanjang bulan September. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan kemuncak aktiviti adalah Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2023 peringkat Hospital USM pada 26 September 2023.
Hari Keselamatan Pesakit Sedunia (World Patient Safety Day) disambut pada 17 September setiap tahun bermula tahun 2018. – Kampus Kesihatan HUSM –
Imedikel TV






