Home Buletin Semasa TIGA LELAKI THAILAND DITAHAN POSITIF DADAH

TIGA LELAKI THAILAND DITAHAN POSITIF DADAH

353
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan tiga lelaki Thailand yang berada dalam keadaan mencurigakan ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) Neting, di sini, pada jam 11 pagi, 25 Julai lalu.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata ketiga-tiga suspek ditahan ketika anggota PGA sedang melaksanakan Op Taring Wawasan di lokasi berkenaan.

“Hasil saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

“Semua suspek berusia lingkungan 28 hingga 32 tahun,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here