Home Buletin Semasa TIGA KAPAL SITAAN MARITIM MUSNAH TERBAKAR

TIGA KAPAL SITAAN MARITIM MUSNAH TERBAKAR

232
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Tiga Kapal Kelas C terbakar di kawasan bersebelahan pengkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan, di Muara Tok Bali, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Pegawai Bomba Kanan II Azman Ibrahim dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya menerima panggilan menerusi sistem MERS kira-kira jam 3.08 pagi.

“Komander Operasi lapor didapati benar berlaku kebakaran tiga buah kapal tersebut di kawasan bersebelahan Pengkalan Maritim muara Tok Bali.

“Kapal tersebut dalam proses dilupuskan. Kebakaran melibatkan kemusnahan 70 peratus. Namun tiada mangsa terlibat,’katanya dalam kenyataan.

Katanya, kebakaran itu dapat dikawal kira-kira jam 3.58 pagi dan operasi pemadaman melibatkan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tok Bali.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here