Home Buletin Semasa TIGA BERANAK MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH DI KLUANG

TIGA BERANAK MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH DI KLUANG

Oleh: Wartawan IMedikel TV

KLUANG: Seorang ibu dan dua anaknya maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa, di sini pada lewat malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Noraini Ibrahim, 49, serta dua anak lelakinya, Khairul Nurhaziqq Khairul Nizam, 18, dan Khairul Nurhadiff Khairul Nizam, 11, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Jusoh Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.44 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

Katanya setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat dengan kira-kira 50 peratus struktur rumah terbakar.

“Pasukan operasi mendapati terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

“Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Jusoh, tindakan operasi memadam kebakaran menggunakan dua aliran dengan dua pancutan.

“Operasi pemadaman membabitkan 14 keanggotaan dengan tiga jentera,”katanya.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan untuk dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi tindakan lanjut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here