Home Politik TIDAK BENAR PEMBANGKANG TIDAK BOLEH BUAT APA-APA-ABIDIN

TIDAK BENAR PEMBANGKANG TIDAK BOLEH BUAT APA-APA-ABIDIN

172
0

NIBONG TEBAL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap yang baru dilantik, Abidin Ismail berikrar untuk meneruskan kerja baik pendahulunya, Allahyarham Nor Zamri Latiff dalam memperjuang isu membabitkan pengundi kawasan itu.

Memetik laporan menerusi berita harian,Abidin yang juga pembantu khas Nor Zamri berkata, beliau akan menambah baik apa sahaja yang dilakukan oleh bekas majikannya.

Beliau berkata, isu utama ialah masalah air di Mukim 5 Sungai Bakap, iaitu beliau akan terus mencadangkan penyelesaian kepada pihak berkuasa.

“Terpulang kepada pihak berkuasa sama mahu atau tidak menerima penyelesaian yang dicadangkan.

“Hari ini permulaan tahun baharu yang baik untuk saya, memandangkan hari ini Awal Muharram,” katanya di sini hari ini.

Katanya, tugas beliau di Sungai Bakap sudah bermula sebelum pilihan raya kecil ketika menjadi pembantu khas Nor Zamri.

Hari ini, Abidin mengelilingi Sungai Bakap untuk mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) sehingga membawa kepada kemenangan besar dalam pilihan raya kecil itu.

Abidin juga menolak tanggapan wakil rakyat PN yang dipilih tidak akan menyelesaikan apa-apa isu berbangkit.

“Tiada isu. Tiada masalah. Mereka (Pakatan Harapan) juga sebelum ini menjadi pembangkang.

“Kami akan menjadi suara rakyat. Kami akan menjadi semak dan imbang kepada kerajaan sekarang. Kami akan menunjukkan apa yang tidak betul.

“Di sini, dalam kawasan Parlimen Nibong Tebal, kita ada seorang menteri dan dua anggota EXCO kerajaan negeri. Jadi, ya, kita akan jadi semak dan imbang,” tambahnya.

Abidin berkata kemenangannya, dengan majoriti lebih besar, menandakan bantahan rakyat terhadap tindakan kerajaan.

PN mengekalkan kerusi DUN Sungai Bakap selepas Abidin menerima 14,489 undi menewaskan Dr Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan yang memperoleh 10,222 undi.-BERITA HARIAN-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here