Home Buletin Semasa TH PANTAU KONFLIK IRAN, KESELAMATAN BAKAL JEMAAH HAJI JADI KEUTAMAAN

TH PANTAU KONFLIK IRAN, KESELAMATAN BAKAL JEMAAH HAJI JADI KEUTAMAAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan pihaknya sedang memantau secara rapi perkembangan konflik semasa di Iran yang telah menjejaskan ruang udara di rantau Timur Tengah.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad dalam kenyataan media semalam memaklumkan, susulan konflik berkenaan, ruang udara di kawasan terbabit terjejas dan semua penerbangan pergi dan balik dari Timur Tengah digantung buat sementara waktu.

“Berkenaan dengan tanggungjawab TH kepada bakal jemaah negara, sebarang keputusan susulan akan dibuat berdasarkan pandangan dan nasihat daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Saudi dan Wisma Putra,”katanya.

Beliau berkata pihaknya menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan bakal jemaah haji negara adalah keutamaan. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here