Home Buletin Semasa TERUJA SERTAI FUN RUN

TERUJA SERTAI FUN RUN

233
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Kemeriahan dalam suatu karnival berkaitan sukan atau kesihatan menarik minat orang ramai untuk menyertainya.

Untuk tidak melepaskan peluang, tiga beranak dari Pasir Pekan datang bagi memeriahkan karnival berkenaan.

Sharizan Mohamad, 47, berkata mereka sekeluarga sangat teruja untuk ikut sama dalam Fun Run di Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0, di Padang Sekolah Sultan Ismail  (SIS) 1, pada Sabtu.

Sharizan Mohamad, 47 bersama anaknya Nik Afi Hakim Mariha, 12.
”Memang setiap kali ada program seperti ini kami akan turut serta. Memang minat sangat, bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga dapat rakan baru dan mengeratkan silaturahim,”katanya.

Manakala Nur Syamimi Dayana Muhammad Salmi, 14 berkata ini adalah kali kedua dia sertai program seperti itu.

Nur Syamimi Dayana Muhammad Salmi, 14.
”Saya memang minat untuk menyertai program ini. Kita dapati ramai sangat yang ikut serta. Memang sangat seronok sertai Fun run bersama rakan-rakan,”katanya.

Seorang lagi peserta, Nur Aleesya Ahmad Amiruddin, 14, juga bersemangat untuk sama-sama menjayakan program tersebut.

Nur Aleesya Khumairah Ahmad Amiruddin, 14.
”Seronok jalan dengan kawan-kawan, untuk kesihatan kita juga. Saya dapat tahu berkenaan program ini daripada cikgu kami.

“Jadi kami sepakat untuk menyertainya, insyaAllah kalau ada program seperti ini saya akan sertai,”katanya.

Program itu anjuran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia, Pasir Mas dan Jabtan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here