Home Buletin Semasa PENDEDAHAN TVET PADA PELAJAR TAHFIZ – TPM 

PENDEDAHAN TVET PADA PELAJAR TAHFIZ – TPM 

199
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Kerajaan Perpaduan mengambil tanggungjawab terhadap masa depan anak-anak khususnya pelajar tahfiz dalam memberi pendedahan mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vakasional (TVET) kepada mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya dalam proses melaksanakan pendedahan bidang kemahiran kepada pelajar tahfiz agar mereka mendapat pekerjaan yang seiring dengan peredaran zaman.

“Walaupun mereka tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka masih boleh menyambung pelajaran mengikut minat mereka.

“Kalau mereka boleh hafal 30 juzuk, matapelajaran lain juga mudah untuk dipelajari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perayaan 30 Tahun Pesara Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Kelantan (5PMCK) di Perkarangan Pejabat Cikgu Pencen dan Balai Lu’lu, di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah antara universiti yang menyediakan bidang automotif untuk pelajar yang berminat termasuk daripada kalangan penghafaz Al Quran.

“Ini adalah satu perubahan yang mana yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menyantuni mereka melalui sistem pendidikan islam supaya tidak terpinggir dan terus berada dalam kerjaya,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here