DUESSELDORF, Jerman: Bukayo Saka menebus kesilapan lalu apabila dia berjaya melenyapkan kegagalan pada Euro 2020.
Memetik lpaoran AGENSI menerusi berita harian,Pemain sayap England itu gagal menyudahkan sepakan penalti ketika kekalahan memeritkan di tangan Itali menerusi penentuan penalti pada final Kejuaraan Eropah terdahulu dan menjadi mangsa kecaman perkauman susulan kegagalan itu.
Namun di Duesseldorf awal pagi tadi, Saka menjaringkan gol penyamaan England pada masa sebenar sebelum menyempurnakan sepakan penaltinya untuk menyingkirkan Switzerland dan berkata: “Saya fikir ia sesuatu yang saya perlukan.
“Anda boleh gagal sekali tetapi anda ada pilihan sama ada untuk meletakkan diri dalam posisi itu sekali lagi atau tidak. Saya seorang pemain yang akan meletakkan diri dalam posisi itu. Saya percaya dengan diri sendiri.
“Apabila saya melihat bola menerjah jaring saya seorang lelaki yang amat gembira. Saya tidak akan fokus kepada apa yang sudah berlalu. Saya hanya boleh fokus kepada masa kini dan mengambil satu sepakan penalti.
“Sudah tentu saya tahu ramai dengan perasaan gementar menyaksikannya, termasuk keluarga saya dan penonton di stadium. Tetapi saya menenangkan diri dan menjaringkannya.”
Mengenai Saka, ketua jurulatih Gareth Southgate menambah: “Saya memberikannya pelukan erat di tengah padang. Dia seorang budak istimewa, seronok bekerja dengannya.
Bukayo Saka tenang menyempurnakan sepakan penaltinya ketika penentuan penalti menentang Switzerland pada suku akhir Euro 2024 di Duesseldorf Arena, Duesseldorf awal pagi tadi. – Foto AFP
“Anda gembira dengan setiap orang tetapi terutama buatnya. Ia memerlukan keberanian tetapi kami percaya terhadapnya.
“Kami juga percaya terhadapnya sebelum ini. Persembahan keseluruhannya luar biasa.
“Untuk memberi kami peluang dalam situasi satu lawan satu yang kami rasa boleh menjadi kelebihan buat kami. Prestasinya amat memukau.” – AGENSI-BH ONLINE-