Home Buletin Semasa TVET MAMPU LAHIRKAN PEKERJA MAHIR

TVET MAMPU LAHIRKAN PEKERJA MAHIR

217
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Pelabur asing dan pelabur dalam Negara memerlukan kira-kira 60,000 jurutera.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata mustahil universiti di Negara ini dapat mencapai jumlah tersebut.

“Mustahil universiti-universiti kita terutamanya Malaysian Technical University Network (MTUN) dapat mengeluarkan jumlah yang ramai itu.

“Alternatifnya ialah pekerja-pekerja berkemahiran daripada Program Pendidikan Teknikal dan Latihan (TVET). Dan kita menyusun perancangan yang baik dengan menawarkan lebih daripada 44,000 kursus yang berbeza,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim (SIS) 1 di sini, pada Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika berucap di Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0

Katanya tawaran kursus tersebut disesuaikan dengan citarasa anak muda dan juga permintaan pasaran.

” Apa yang kita lakukan sekarang ini kita tidak hanya mewujudkan latihan. Tetapi pada waktu yang sama latihan itu mesti bersesuaian dengan kehendak pasaran terutama oleh para majikan.

“Oleh sebab itu, Memorandum of Agreement ditandatangani antara institusi TVET ini dengan para majikan.

“Itu sebabnya di seluruh Negara kadar pasaran atau kebolehpekerjaan di peringkat Nasional berada di sekitar 94.5peratus. Ertinya yang masuk TVET 94.5 peratus,”katanya. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berkata TVET mempunyai kemampuan kebolehpasaran sekitar 98.7 peratus.

Imedikel Tv

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here