Home Luar Negara TERPENGARUH KARTUN, BUDAK TERJUN BANGUNAN

TERPENGARUH KARTUN, BUDAK TERJUN BANGUNAN

140
0

Beijing, CHINA: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Hunan, China, baru-baru ini, terjun dari rumahnya di tingkat 26 sambil memegang payung, dipercayai kerana cuba meniru apa yang ditontonnya dalam kartun.

Portal mothership melaporkan, mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana terselamat dan kini semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital tempatan.

Insiden itu berlaku pada petang 26 Mei di Jishou City, Hunan, seperti yang dilaporkan oleh Shui Mu Wang, rangkaian media yang berpangkalan di Shandong, di Weibo.

Sumber memberitahu platform berita itu bahawa ibu mangsa bekerja di bandar lain.

Bapanya pula dikatakan sering ke luar negara atas urusan kerja.

Ketika kejadian, nenek mangsa yang juga penjaganya keluar untuk mengambil kakak mangsa.

Menurut Oriental Daily, mangsa menonton kartun Tom and Jerry dan membayangkan akan dapat mendarat dengan selamat di atas tanah ‘jika memegang payung’.

Dia dilaporkan melompat keluar dari tingkap yang menghadap ke balkoni.

Oleh kerana saiz badannya yang ringan, dia terjatuh di atas pokok besar, maka ia dapat mengurangkan daya hentakan.

Mangsa dilaporkan patah tangan kanannya selepas terjatuh.

Video Weibo menunjukkan mangsa dimasukkan ke dalam ambulans oleh pasukan paramedik dengan bantuan individu yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Sumber MHarian Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here