Home Luar Negara TERKINI: ISRAEL BEDIL SEKITAR HOSPITAL AL-QUDS

TERKINI: ISRAEL BEDIL SEKITAR HOSPITAL AL-QUDS

GAZA: Zionis melepaskan beberapa peluru berpandu menggunakan pesawat pejuang di sekitar Hospital al-Quds di kejiranan Tel al-Hawa, awal pagi ini bagi memaksa penduduk yang mencari perlindungan di situ bergerak ke arah selatan.

Ketika ini, kira-kira 12,000 orang sedang mencari perlindungan di hospital, selain kira-kira 400 pesakit dan ratusan yang cedera.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, Israel, semalam mengancam untuk mengebom hospital Al-Quds.

Portal berita Wafa melaporkan, PRCS bagaimanapun menegaskan mereka tidak akan sesekali berpindah, malah turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai. – AGENSI, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here