Home Luar Negara TENTERA ISRAEL MEMUSNAHKAN BANDAR SELATAN LUBNAN

TENTERA ISRAEL MEMUSNAHKAN BANDAR SELATAN LUBNAN

14
0

BEIRUT: Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian tentera Israel semalam menyerang bandar Bint Jbeil di selatan Lubnan, lokasi pertempuran sengit dengan Hizbullah sebelum gencatan senjata selama 10 hari yang dipersetujui baru-baru ini, lapor media.

“Israel mengulangi operasi merobohkan rumah di bandar Bint Jbeil,” menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), yang turut melaporkan di bandar-bandar sempadan lain juga dimusnahkan.

Bint Jbeil, terletak kira-kira lima kilometer di utara sempadan Israel, menjadi lokasi pertempuran hebat antara tentera Israel dan Hizbullah selama beberapa hari, sebelum gencatan senjata berkuat kuasa pada tengah malam Khamis.

Bandar itu sejak sekian lama menjadi titik panas simbolik dan strategik dalam konflik antara Israel dan Hizbullah.

Ia menjadi lokasi beberapa pertempuran paling sengit semasa perang 2006, apabila Hizbullah di situ menjadi teras naratif penentangan kumpulan itu.

Pada 2000 di Bint Jbeil , bekas ketua kumpulan itu, Hassan Nasrallah, menyampaikan ucapan ‘pembebasan’ selepas pengunduran 22 tahun pendudukan Israel dari selatan Lubnan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata perobohan rumah akan dilakukan ‘bagi menghapuskan sepenuhnya ancaman berhampiran sempadan’ sebagai sebahagian usaha mewujudkan zon selamat di selatan Lubnan.

Rakan sejawatnya dari Lubnan, Michel Menassa, mengutuk rancangan itu sebagai niat untuk ‘memindahkan secara paksa ratusan ribu penduduk, serta memusnahkan kampung-kampung secara sistematik’.

Selepas gencatan senjata pada November 2024 yang bertujuan menamatkan konflik terakhir antara Israel dan Hizbullah, di mana Nasrallah dan beberapa pemimpin tertinggi lain terbunuh, tentera Israel turut melaksanakan beberapa siri pemusnahan di beberapa bandar tertentu. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here