MANCHESTER: Erik ten Hag meletakkan syaratnya dalam rundingan kontrak baharu bersama Manchester United selepas kelab itu memutuskan untuk mengekalkan pengendali berkenaan.
Man United terpaksa meneruskan khidmat pengendali dari Belanda itu selepas gagal mencari pengganti lebih sesuai.
Thomas Tuchel dan Mauricio Pochettino menarik diri daripada persaingan mengisi kerusi panas di Old Trafford itu, manakala pengendali England, Gareth Southgate mempunyai misi Euro di Jerman.
Kelab mengumumkan yang Ten Hag berhak mendapat peluang untuk membuktikan kemampuannya, tetapi pengendali itu pula meletakkan syarat untuk memastikan United boleh bersaing.
Bagi Ten Hag, dia mahu mengawal perpindahan pemain yang cuba diambil alih oleh barisan pengurusan baharu diketuai pengarah teknikal, Jason Wilcox.
Ten Hag juga tidak akan membenarkan Jadon Sancho kembali bersama skuad utama selagi pemain itu tidak memohon maaf kerana menggelarnya penipu musim lalu.
Bos United itu juga mahu jurulatih Benni McCarthy diberikan kontrak baharu.
Ten Hag mahu kesemua tiga syarat ini dipenuhi sebelum dia menandatangani kontrak baharu bersama United. – AGENSI,BH Online –
Imedikel TV






