Home Hiburan ‘TEMAN LELAKI SAYA NAMPAK MANGSA DITEMBAK’ – VANESSA REYNAULD

‘TEMAN LELAKI SAYA NAMPAK MANGSA DITEMBAK’ – VANESSA REYNAULD

198
0

Kuala Lumpur: Penyanyi, Vanessa Reynauld berdepan detik cemas apabila berdepan kejadian tembakan yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor, malam tadi.

Katanya, kejadian itu berlaku betul-betul bersebelahan kedai yang dimasukinya ketika itu. Malah, teman lelakinya melihat sendiri mangsa ditembak di bahagian kaki.

“Ia berlaku lebih kurang 20 minit dan kami mendengar enam das tembakan. “Pertama kali berhadapan dengan situasi ini dan ia sangat menakutkan,” katanya menerusi Instagram Story.

Mereka kemudian melarikan diri ke sebuah kedai lain untuk mendapatkan perlindungan dan apabila keadaan agak selamat baharu dibenarkan pulang.

Turut berada di lokasi terbabit semasa kejadian ialah anak kepada pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz iaitu Dahlia Arissa dan rakannya.

Terdahulu, pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor dikejutkan dengan satu kejadian tembakan yang dikatakan berlaku di sebuah kedai emas di situ.

Kejadian mengakibatkan seorang pekerja pembersihan cedera akibat ditembak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa seorang warga asing berusia lingkungan 30-an itu dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil. -HMetro Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here