Home Hiburan TAK BOLEH TUTUP PINTU, NANTI BERDOSA – NORA

TAK BOLEH TUTUP PINTU, NANTI BERDOSA – NORA

260
0

SHAH ALAM: Datuk Nora Ariffin, 52, tidak pernah menghalang suami, Dr Rushdi Ramli, 59, pulang atau bertandang ke rumah kerana status mereka masih pasangan sah.

Memetik laporan menerusi Berita Harian bagaimanapun, Nora atau nama sebenar, Wan Norafizah Wan Ariffin, berkata dia tidak peduli sama ada suaminya itu ada di rumah atau tidak berikutan terlalu sibuk dengan pekerjaannya.

“Saya sangat sibuk. Jadi, saya tidak ambil kisah. Dia datang atau tidak, saya tidak ambil peduli. Tetapi sebagai orang Islam, selagi tidak bercerai, saya tidak ada hak untuk menghalau, berdosa pula.

“Sebagai isteri, kita perlu menghormati dan bagi saya, walaupun bekas suami sekalipun, kita perlu ada rasa hormat… Itulah prinsip saya.

“Selagi masih suami isteri, tidak boleh tutup pintu sebab berdosa,” katanya ditemui selepas proses laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, hari ini.

Berkongsi mengenai hubungan anak-anak dengan suami, Nora berkata, mereka masih seperti satu keluarga, malah sering menasihati anak untuk tidak saling bermasam muka.

“Anak-anak berhubung seperti biasa. Mereka sedar keadaan kami, tetapi, tetap berhubung dengannya.

“Saya selalu pesan pada anak-anak, kita tidak mahu bergaduh. Anak-anak pun berpendirian sama, walau apa pun yang berlaku, mereka tetap hormat kepada Walid (panggilan anak-anak kepada Rushdi).

“Saya tidak pernah ajar anak-anak untuk membenci atau bermusuh… Itu tidak boleh,” katanya.

Pagi tadi, proses laporan JKP dalam tuntutan cerai Nora terhadap Rushdi masih belum menemui kata putus.

Ini berikutan, Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya (UM) masih berhasrat mempertahankan rumah tangga bersama penyanyi Nora yang dibina sejak empat tahun lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 3 September depan bagi urusan hakam, iaitu proses melantik wakil bagi suami atau isteri dalam menyelesaikan pertikaian rumah tangga. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here