Home Ulasan Wartawan TABIAT SUKA KOREK TELINGA

TABIAT SUKA KOREK TELINGA

253
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

Telinga yang sering tertutup dek pemakaian tudung kadangkala menyebabkanm individu berasa kurang selesa dan gatal.

Apabila mula berasa gatal, pantas tangan kita mencapai putik kapas untuk mengorek khazanah berwarna kekuningan yang dianggap kotor dan menjijikkan itu.

Selain putik kapas, ada juga yang memilih pengorek telinga besi yang dirasakan lebih melegakan dan mudah untuk mengeluarkan tahi telinga.

Tanpa kita sedar, tabiat mengorek telinga akan mengganggu dinding salur telinga dan menyebabkan rasa lebih gatal dan jangkitan berlaku.

Tambahan pula, mengorek menggunakan putik kapas hanya menyebabkan tahi telinga ditolak lebih dalam ke gegendang telinga.

Pegawai Perubatan Sarjana Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak, Kepala & Leher Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ezairy M Sallih berkata, tabiat mengorek telinga menggunakan putik kapas, besi atau apa saja alat berkaitan adalah tabiat tidak baik dan perlu dielakkan.

Apabila tahi telinga sentiasa ditolak ke bahagian dalam, ia akan berkumpul dan menjadi blok yang besar mengakibatkan masalah pendengaran.

Keadaan lebih parah jika alat digunakan menyebabkan tisu di dalam telinga luka serta mengakibatkan jangkitan kuman.

Berdasarkan pendapat penulis, tabiat suka korek telinga ini patut dielakkan kerana tanpa disedari sebenarnya tahi telinga yang berfungsi memerangkap habuk dan kekotoran serta menghalang ia masuk jauh ke dalam telinga dan tidak perlu dibersihkan.

Saluran telinga ini perlu dibersihkan secara semula jadi manakala pergerakan anggota lain seperti mengunyah makanan, pergerakan rahang dan pertumbuhan sel baharu akan menolak tahi telinga ini keluar daripada saluran telinga.

Sebenarnya, ramai yang mempunyai tabiat mengorek telinga sehingga mengakibatkan telinga menjadi sakit yang teramat sangat dan berlaku pendarahan serta bernanah.

Tidak dinafikan, ketika mengorek telinga, kita akan berasa lega malah terasa nak korek lagi tapi tanpa kita sedari ianya perbuatan yang boleh merosakkan gegendang telinga malah luka di bahagian dalam telinga.

Justeru, jika mengalami masalah salur telinga tersumbat disebabkan tahi telinga termasuk gejala seperti sakit, terdengar bunyi dengung atau rasa telinga ‘penuh’, kurang pendengaran, ada lelehan telinga yang mungkin berbau atau batuk perlu segera bertemu doktor.

Sumber HMetro

Sumber Siakap Keli

Sumber Siraplimau

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here