Home Luar Negara PERTEMPURAN DI IBU NEGARA SUDAN SELEPAS GENCATAN SENJATA TIGA HARI TAMAT

PERTEMPURAN DI IBU NEGARA SUDAN SELEPAS GENCATAN SENJATA TIGA HARI TAMAT

244
0

DUBAI: Pertempuran berlaku di beberapa bahagian ibu negara Sudan sejak Rabu selepas gencatan senjata selama 72 jam yang menyaksikan beberapa laporan pelanggaran antara puak tentera yang bertelagah, tamat, kata saksi.

Sejurus sebelum gencatan senjata berakhir pada jam 6 pagi (0400 GMT) pertempuran dilaporkan berlaku di ketiga-tiga bandar yang membentuk ibu kota di sekitar pertemuan Sungai Nil: Khartoum, Bahri dan Omdurman.

Tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera telah bertempur di antara satu sama lain selama lebih dua bulan, menyebabkan kemusnahan di ibu negara, mencetuskan keganasan yang meluas di wilayah barat Darfur, dan menyebabkan lebih 2.5 juta orang meninggalkan rumah mereka.

Saksi berkata, pesawat tentera boleh didengari awal Rabu di sekitar Omdurman, begitu juga tembakan anti-pesawat dari RSF, tembakan meriam dari pangkalan di utara Omdurman dan pertempuran di selatan Khartoum.

Gencatan senjata itu adalah yang terbaru daripada beberapa perjanjian gencatan senjata yang diuruskan oleh Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS) pada rundingan di Jeddah.

Seperti gencatan senjata sebelum ini, terdapat laporan pelanggaran oleh kedua-dua pihak.

Lewat Isnin, kedua-dua pihak menyalahkan satu sama lain dalam kebakaran besar di ibu pejabat perisikan, yang ditempatkan di kawasan pertahanan di tengah Khartoum, sejak pertempuran meletus pada 15 April.

Arab Saudi dan AS berpandangan jika puak yang berperang gagal mematuhi gencatan senjata, mereka akan mempertimbangkan untuk menangguhkan rundingan Jeddah, yang dikatakan tidak berkesan oleh pengkritik.

Konflik di Sudan tercetus ketika pertikaian mengenai rancangan yang disokong antarabangsa untuk peralihan daripada pemerintahan tentera berikutan rampasan kuasa pada 2021 dan empat tahun selepas autokrat yang sudah lama memerintah, Omar al-Bashir digulingkan ketika kebangkitan rakyat.

Sumber BH Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here