Mersing, JOHOR: Suami maut manakala isteri cedera selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah pikap yang sedang membelok di Kilometer (KM) 10 Jalan Endau – Mersing, di sini 10.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata mangsa berusia 28 tahun maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
“Kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux dipandu warga tempatan berumur 69 tahun dan sebuah motosikal Honda RSX yang dinaiki sepasang suami isteri warga tempatan berumur 28 dan 22 tahun.
“Kejadian menyebabkan penunggang motosikal parah di kepala dan badan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya cedera di kepala dan dirawat di Hospital Mersing. Pemandu Toyota Hilux tidak cedera,” katanya ketika dihubungi.
Sumber BH Online
Imedikel TV






