Home Buletin Semasa GUNA TAKTIK KERETA SEWA SOROK 58.8KG GANJA DALAM PAKAIAN TERPAKAI

GUNA TAKTIK KERETA SEWA SOROK 58.8KG GANJA DALAM PAKAIAN TERPAKAI

104
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Cubaan menyeludup ganja dengan menyembunyikan dalam pakaian terpakai bagi mengaburi mata pihak berkuasa gagal apabila kegiatan mereka berjaya dihidu oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan hasil intipan selama tiga minggu.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Pengkastaman dan Cukai Dalam Negeri, Dr Ishak Ismail yang Menjalankan Tugas-Tugas (MTT) Pengarah Kastam negeri Kelantan berkata, hasil operasi pihak berkuasa menemui 58.865 kilogram (kg) ganja mampat di bahagian bonet belakang sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang ditinggalkan di kawasan parkir Jalan Besar, Kampung Rantau Panjang.

“Pada 25 Januari lalu kira-kira jam 5.30 pagi, Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Pengkalan Kubor menjalankan satu operasi hasil maklumat yang diterima daripada orang awam berkaitan aktiviti penyeludupan dadah di kawasan sempadan.

“Kereta itu dipercayai ditinggalkan di kawasan parkir tersebut. Selepas menemui kenderaan itu pihak kami menunggu kira-kira tiga jam namun tiada pemilik tampil, jadi kami terus buat serbuan ke atas kenderaan itu.

“Hasil siasatan dengan bantuan anjing pengesan dadah daripada Unit Narkotik Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang berjaya menemui 58.865kg ganja mampat bernilai RM182,481.50 dengan anggaran nilai kenderaan yang dirampas sebanyak RM33,000. Jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM218,481.50,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di Cawangan Penguat kuasa JKDM Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.

Beliau berkata modus operandi kegiatan itu dengan menggunakan kenderaan sewa untuk membawa ganja dan menyembunyikan di dalam pakaian terpakai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 sebatan,”katanya.

Jelasnya pihaknya percaya ganja mampat berkenaan dibawa masuk dari Thailand dan untuk pasaran sekitar Kelantan serta negeri lain.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here