Home Sukan SKUAD HOKI LELAKI PAHANG YAKIN MAMPU BAWA PULANG PINGAT EMAS SUKMA

SKUAD HOKI LELAKI PAHANG YAKIN MAMPU BAWA PULANG PINGAT EMAS SUKMA

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Pengalaman pemain menjadi kelebihan buat skuad hoki lelaki Pahang untuk melakar kejayaan pada saibgan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, minggu depan.

Walaupun tanpa kelibat dua pemain remaja kebangsaan yang kini bersama pasukan negara, namun itu tidak terlalu mencemaskan ketua jurulatih, Mohd Sufian Mohamad yang dibantu Ismail Abu.

Dua pemain yang tidak dapat bersama skuad Tok Gajah dipentas Sukma ialah Iman Faris Faizo dan Shafiq Ammar Fahmi Suzaini.

Menurut Mohd Sufian, skuadnya tidak terlalu terkesan kehilangan dua pemain terbabit kerana barisan pemain yang ada masih mampu memikul tugas dua kekosongan yang ditinggalkan oleh Iman Faris dan Shafiq Ammar.

Katanya, dia mempunyai ramai barisan pemain muda berbakat dan berpengalaman yang mampu mengalas tugas membawa misi untuk membawa pulang pingat emas yang terlepas pada Sukma Sarawak 2024.

“Pengalaman pemain beraksi pada saingan Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) 2026 diharap menjadi kelebihan buat skuad hoki Pahang untuk melakar kejayaan dengan membawa pulang pingat emas selepas gagal dipentas akhir Sukma Sarawak 2024, kita tewas 2-3 menerusi penentuan penalti shoot-out kepada Perak selepas terikat seri 3-3.

“Saingan acara hoki pada Sukma kali ini pastinya hadir dari pasukan Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu. Namun pasukan lain tetap mampu menyerlah seterusnya melakukan kejutan,” katanya, di sini hari ini.

Mohd Sufian berkata, sejak adanya Akademi Hoki Pahang di Temerloh, pihaknya tidak lagi ketandusan barisan pemain muda bakat. Pemain lelaki dan perempuan dibimbing dan dilatih untuk menjadi pemain yang berbakat untuk mewakili daerah, negeri dan negara.

“Peluang Tok Gajah membawa pulang pingat emas Sukma Selangor minggu depan dilihat terbuka, kesungguhan pemain akan menjadi penentu peluang mencatat kemenangan pada setiap perlawanan dilalui.

“Pengalaman pemain dipentas kebangsaan musim ini diharap menjadi kelebihan untuk mereka menjinakkan lawan pada setiap perlawanan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir yang berakhir dengan merangkul pingat emas,” katanya yang menyediakan helah untuk digunakan setiap kali mendapat pukulan sudut penalti.

Untuk rekod skuad hoki lelaki Pahang meraih pingat perak pada Sukma Perak 2018, diikuti pingat emas pada Sukma Kuala Lumpur dan pingat perak Sukma Sarawak 2024.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here