Home Hiburan SITI NURHALIZA MAHU KHAIRUL AMING TERUS JADI INSPIRASI RAKYAT MALAYSIA

SITI NURHALIZA MAHU KHAIRUL AMING TERUS JADI INSPIRASI RAKYAT MALAYSIA

39
0

KUALA LUMPUR: “Buat KA (Khairul Aming), teruslah menjadi inspirasi seluruh rakyat Malaysia.”

Memetik laporan Harian Metro, demikian ucapan dititipkan Datuk Seri Siti Nurhaliza buat pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming menerusi kulit album terbaharunya, Gema Bumantara.

Ucapan berserta tandatangan itu diserahkan sendiri oleh Biduanita Negara berkenaan ketika hadir menjamu selera di restoran Rembayung milik Khairul di Kampung Baru, di sini, semalam.

Detik berkenaan nyata menghadirkan rasa terharu buat Khairul Aming yang kemudian berkongsi kisah awal perkenalan mereka menerusi Threads.

Menurut Khairul Aming, dia pernah menghantar pesanan terus (DM) kepada Siti sekitar tujuh tahun lalu bagi mengajak penyanyi tersohor itu bekerjasama dalam video masakan ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

“Tujuh tahun lepas KA pernah DM Datuk Siti semasa ‘lockdown’ nak ajak kolaborasi video masak guna rakaman suara dekat telefon.

“Masa itu zaman KA buat video masak seorang diri atas lantai. Nak tulis DM pun tangan menggigil sebab segan,” tulisnya.

Katanya, dia tidak menyangka Siti membalas mesej berkenaan dan bersetuju membantu tanpa meminta sebarang bayaran.

“Keesokannya TokTi balas dan setuju nak tolong tanpa minta apa-apa. Masa itu rasa macam nak menangis sebab ikon negara sudi sokong kita yang baru nak bermula dari rumah,” katanya.

Menurutnya, dia lebih tersentuh apabila ucapan berkenaan disampaikan sendiri oleh Siti kepadanya.

“Tujuh tahun kemudian TokTi sendiri bagi ucapan ini dekat tangan, semalam. Terharu… terima kasih TokTi,” tulisnya.

Semalam, Siti bersama pasukan SN Legacy Sdn Bhd hadir ke Rembayung sempena meraikan ulang tahun kelahiran pengurusnya, Rozi Abdul Razak.-HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here