Home Sukan SELEPAS 5 TAHUN, MANCINI LETAK JAWATAN SEBAGAI PENGENDALI ITALI

SELEPAS 5 TAHUN, MANCINI LETAK JAWATAN SEBAGAI PENGENDALI ITALI

ROME: Pengendali skuad kebangsaan Itali, Roberto Mancini meletakkan jawatannya selepas lima tahun membimbing skuad itu.

Mancini, 58, membawa Itali menjuarai Kejuaraan Eropah 2020, trofi pertama mereka sejak Piala Dunia 2006, dan menduduki tangga ketiga Liga Negara-Negara Eropah edisi 2021 dan 2023.

Persekutuan Bola sepak Itali berkata, mereka akan mengumumkan penggantinya beberapa hari lagi, menjelang aksi kelayakan Euro menentang Macedonia Utara dan Ukraine awal bulan depan.

Mancini dilantik pada Mei 2018 selepas Itali gagal layak ke Piala Dunia 2018 di bawah kendalian Gian Piero Ventura – kali pertama mereka terlepas menyertai kejohanan itu sejak tahun 1958.

Bekas pengendali Manchester City itu bermula cemerlang dengan membawa Itali mengharungi rekod 37 perlawanan tanpa kalah dari Oktober 2018 sehingga Oktober 2021.

Kemenangan penentuan penalti ke atas England pada final Euro 2020 menjadi kemuncak era Mancini bersama Itali, namun mereka gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 selepas tewas kepada Macedonia dalam aksi play-off. – AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here