Home Buletin Semasa SEBUAH RUMAH DI KAMPUNG BEDAL MUSNAH DALAM KEBAKARAN

SEBUAH RUMAH DI KAMPUNG BEDAL MUSNAH DALAM KEBAKARAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA KRAI: Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bedal, Jalan Pok Jelong di sini musnah dalam kebakaran kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan II, Juniman Junuh memaklumkan, rumah terbabit dengan keluasan 40×60 telah musnah 90 peratus.

Juniman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.18 petang, kelmarin.

“Pihak bomba memadam api tersebut menggunakan dua aliran dan dua pancutan pam daripada tangkit jentera.

“Anggota yang terlibat adalah seramai 12 orang iaitu enam masing-masing daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian dan Kuala Krai,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman tersebut tamat sepenuhnya pada jam 5.57 petang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here