Home Buletin Semasa SEBUAH KERETA PERODUA MYVI JATUH GAUNG AKIBAT TERBABAS

SEBUAH KERETA PERODUA MYVI JATUH GAUNG AKIBAT TERBABAS

231
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Sebuah kereta jenis Perodua Myvi dilaporkan terjatuh ke dalam gaung selepas terbabas di Jalan Gua Musang – Kuala Krai, di sini, semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I, Nik Radzi Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.50 petang.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang bergegas menaiki jentera dan bergerak ke tempat kejadian sejauh 63 kilometer dari balai, dan tiba pada jam 3.42 petang.

“Setibanya pasukan keluaran operasi di lokasi, kita membuat ‘size up’ dan didapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbabas dan jatuh ke dalam gaung,” katanya.

Kemalangan itu turut membabitkan seorang mangsa yang diselamatkan dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota terlibat dalam operasi menyelamat itu.

Operasi terkawal pada jam 3.45 petang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here