Home Buletin Semasa SEBUAH KEDAI TERBAKAR 35 PERATUS

SEBUAH KEDAI TERBAKAR 35 PERATUS

233
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebuah kedai terbakar dalam kejadian di Jalan Yaakobiah Kampung Cherang, di sini, petang semalam.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Azlan Zainal, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.49 petang.

“Kami menerima panggilan menerusi sistem MERS 999 berkenaan  kejadian itu. Seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu dan BBP Kota Darul Naim.

“Komander Operasi lapor sampai di lokasi di dapati benar berlaku kebakaran kedai tinted bangunan sementara 20’ x 30’ dengan peratus kebakaran 35 peratus,”katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata api dapat dikawal pada jam 6.58 petang dan operasi tamat jam 7.05 petang.

Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here