Home Hiburan ‘SAYA SANGAT BAHAGIA’ – BELLA ASTILLAH

‘SAYA SANGAT BAHAGIA’ – BELLA ASTILLAH

32
0

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan kini dapat membuat persiapan perkahwinannya dengan Bella Astillah dengan tenang.

Memetik laporan Harian Metro, Syed Saddiq, 34, berkata, selepas melakukan sujud syukur, dia bertemu ibu bapanya dan mereka memberikan lampu hijau agar segera melangsungkan perkahwinan.

“Sebenarnya tak ada perancangan. Tapi sekarang perancangan sudah lebih tenang. Kalau boleh dipercepatkan sebelum akhir tahun ini,” katanya ketika bercakap pada media di perkarangan Mahkamah Rayuan, di sini hari ini.

Menurutnya perkembangan lanjut mengenai perkahwinan mereka akan dijelaskan lebih lanjut oleh tunangnya, Bella Astillah menerusi sesi ‘live’ di media sosial malam ini.

“Insya-Allah kalau saya dan tunang saya nanti buat sesi live kamu boleh tanya banyak soalan,” katanya. 

Ditanya berapa peratus persiapan sudah dibuat, Syed Saddiq berkata, dia akan menjelaskan secara khusus pada malam ini.

Sementara itu, Bella pula melahirkan kesyukuran apabila bakal suaminya dibebaskan.

“Bella sangat-sangat bahagia, dan paling membuatkan Bella rasa lega, tenang dan bahagia sebab Bella tahu Mama dengan Ayah akan sangat gembira dan tak susah hati lagi,” jelasnya.

Menjelaskan lanjut, Bella berkata, dia sudi menerima Saddiq walaupun bakal suaminya itu sedang dalam perbicaraan kes mahkamah ketika itu.

“Sebab Bella nampak, yang paling utama Bella nampak macam mana cara layanan dia terhadap orang tua dan keluarga, itu paling penting.

“Dan Bella tengok dia seorang yang sangat jujur, baik dan amanah sepanjang perkenalan dia dengan Bella. Selebihnya insya-Allah nanti kita kongsikan lebih lagi sebab kesian dia dah lama sangat kan,” katanya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Terdahulu mahkamah hari ini memutuskan Saddiq kekal dibebaskan daripada sabitan dan hukuman terhadap empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), enam tahun lalu.

Keputusan majoriti 2-1 dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama dua lagi Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Che Mohd Ruzima dan Collin membentuk majoriti manakala Abu Bakar menentang dengan menyampaikan keputusan berbeza. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here