Home Sukan SALAH TERKEJUT DIHADIAHKAN SEBIDANG TANAH SELEPAS SERTAI TRABZONSPOR

SALAH TERKEJUT DIHADIAHKAN SEBIDANG TANAH SELEPAS SERTAI TRABZONSPOR

ISTANBUL: Mohamed Salah terkejut apabila menerima hadiah luar biasa selepas menyertai Trabzonspor, dengan penyerang Mesir itu diberikan sebidang tanah sebagai sebahagian daripada sambutan perpindahannya ke kelab Turkiye itu.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita harian, bekas bintang Liverpool itu meninggalkan Liga Perdana Inggeris untuk menyertai saingan Liga Super Turkiye secara percuma, namun hadiah yang diterimanya jauh berbeza daripada kebiasaan seperti kereta mewah atau jam berjenama.

Ramai terkejut apabila Salah, yang dinobatkan Pemain Terbaik Liga Perdana 2024, memilih menyertai Trabzonspor, pasukan keempat terbesar di Turkiye.

Ketibaan pemain berusia 34 tahun itu disambut kira-kira 25,000 penyokong kelab yang memenuhi stadium dengan suar dan sorakan meriah.

Namun, satu babak dalam sesi promosi perpindahannya menjadi perhatian apabila Datuk Bandar daerah Trabzon, Huseyin Avni Coskun Cebi mengubah rakaman komersial itu kepada topik perubahan iklim.

Salah kelihatan terpinga-pinga ketika Cebi menjelaskan mengenai ancaman pemanasan global sambil berkata: “Pemanasan global mengancam dunia.

“Pada masa depan, sukar untuk tinggal di Mesir ketika musim panas. Daerah kami akan menjadi tempat yang sangat sesuai untuk didiami dan antara kawasan yang paling kurang terjejas akibat pemanasan global.”

Menurut laporan The Sun, Cebi kemudian menawarkan satu hadiah istimewa kepada Salah sebagai galakan untuk pemain itu kekal lebih lama di Trabzonspor iaitu sebidang tanah di bandar berkenaan.

Salah yang pada awalnya menjangkakan tugasan promosi biasa, sebaliknya diberikan “tempat indah untuk anak-anak dan cucu-cucu anda, tanpa masalah air serta tidak terjejas akibat pemanasan global”.

Hadiah itu melengkapkan kontrak lumayan Salah yang dilaporkan bernilai 363,000 pound (RM2.1 juta) seminggu selepas cukai bersama Trabzonspor.

Perpindahan ke bandar di pesisir Laut Hitam itu menjadi antara perpindahan paling mendapat perhatian selepas Salah menolak minat daripada kelab Liga Pro Saudi dan gergasi Istanbul, Besiktas sebelum memilih Trabzonspor. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here