Home Sukan SALAH KETUAI CABARAN MESIR

SALAH KETUAI CABARAN MESIR

KAHERAH: Mohamed Salah akan mengemudi Mesir pada Piala Negara-Negara Afrika di Ivory Coast, menjadi kapten skuad 27 pemain yang dinamakan jurulatih Rui Vitoria.

Kumpulan pemain itu termasuk semua kecuali dua pemain dalam kesebelasan utama pada final Piala Negara-Negara dua tahun lalu, apabila Mesir tewas di tangan Senegal menerusi penentuan sepakan penalti di Yaounde.

Namun ada panggilan sulung buat pemain berusia 22 tahun, Ahmed Nabil Kouka, yang membantu pasukan B-23 Mesir layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 Jun lalu dan turut beraksi buat kelab gergasi Kaherah, Al Ahly pada Piala Dunia Kelab di Arab Saudi bulan lalu.

Mesir bersaing dalam Kumpulan B pada kejohanan di Ivory Coast itu, memulakan kempen mereka di Abidjan menentang Mozambique pada 14 Januari. Mereka turut bertemu Ghana dan Cape Verde Islands pada aksi peringkat kumpulan. – REUTERS-BH Online-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here