Home Sukan SAKA MAKIN BERBISA – SOUTHGATE

SAKA MAKIN BERBISA – SOUTHGATE

162
0

Gareth Southgate memuji persembahan Bukayo Saka yang jaringannya mencetus kemenangan 2-0 England ke atas Ukraine dalam aksi kelayakan Euro 2024.

Ia kemenangan kedua berturut-turut buat anak buah Southgate yang memulakan kempen kelayakan Kumpulan C dengan menewaskan Itali.

Penyerang England itu antara pemain paling menyerlah dalam skuad pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal musim ini dan Saka sekali lagi menunjukkan ketajamannya di Wembley.

Hantaran lintang Saka membolehkan Harry Kane membuka jaringan untuk England di babak pertama sekali gus melebarkan jaringan kapten The Three Lions itu untuk negaranya.

Kane mengatasi rekod sepanjang zaman Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak England apabila meledak gol antarabangsa ke-54 dirinya ketika menentang Itali.

Penyerang Tottenham itu menerima kasut emas sebelum sepak mula, dan dia tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol ke-55 untuk negaranya.

Kane kini sudah mengumpul 34 gol dalam 29 aksi kelayakan England di peringkat kumpulan.

Pada usia 29 tahun, Kane dilihat berada di kemuncak kariernya, manakala Saka yang baru berusia 21 tahun, sudah mula meneroka potensi sebenarnya, terutama menerusi jaringan jarak jauh.

“Sebaik dia menerima bola dan berpusing, anda tahu ada peluang bakal tercipta. Ia tindakan penyudah berkelas tinggi.

“Ia bahagian paling mengancam dalam permainannya sejak 18 bulan lalu. Sebelum ini anda ragu-ragu yang dia akan menjaringkan gol, kini ia semakin meyakinkan.

“Semua orang dapat melihat kualiti teknikalnya. Mentalitinya adalah bahagian yang paling menyerlah,” kata Southgate berkenaan Saka.

Kemenangan 2-1 England ke atas juara Eropah, Itali pada Khamis – yang pertama di bumi Itali sejak tahun 1961 – adalah isyarat jelas yang mereka serius untuk memenangi trofi major pertama sejak tahun 1966.

Kemenangan ke atas Ukraine meletakkan England di kedudukan terbaik sebelum kempen kelayakan bersambung menentang Malta dan Macedonia Utara pada Jun.

Sumber: BH Online & AFP

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here