Home Sukan RONALDO KEKAL PENTING BUAT PORTUGAL – MARTINEZ

RONALDO KEKAL PENTING BUAT PORTUGAL – MARTINEZ

171
0

Cristiano Ronaldo kekal sebagai pemain penting buat Portugal, kata pengendalinya, Roberto Martinez selepas penyerang veteran itu meledak dua gol buat kali kedua berturut-turut dalam kempen kelayakan Euro 2024 menentang Luxembourg.

Pemain 38 tahun itu membuka jaringan untuk juara Euro 2016 dengan menyempurnakan tandukan Nuno Mendes dan menambah jaringan pada minit ke-31 dalam kemenangan 6-0 itu.

Ronaldo, yang turut meledak dua kali ketika menentang Lichtenstein pada Khamis, melebarkan rekodnya kepada 198 penampilan dan 122 gol antarabangsa.

“Cristiano adalah pemain unik di dalam dunia, dengan jumlah kap antarabangsa tertinggi. Pengalamannya cukup penting di dalam bilik persalinan.

“Semua pemain mempunyai peranan tersendiri. Pemain-pemain muda di atas keazaman mereka dan pemain-pemain seperti Cristiano Ronaldo, Rui Patricio dan Bernardo Silva menambah pengalaman.

“Penting untuk mempunyai skuad lengkap,” kata Martinez yang menyertai Portugal selepas Piala Dunia, menggantikan Fernando Santos yang membimbing pasukan sejak tahun 2014.

Pengendali dari Sepanyol itu mengharungi permulaan yang baik, dengan pasukannya kini mendahului Kumpulan J selepas meledak 10 gol tanpa bolos.

Joao Felix, Bernardo Silva, Otavio dan Rafael Leao turut menemui sasaran dalam aksi di Luxembourg.

Sumber: BH Online & AFP

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here