Home Buletin Semasa RUMAH SEPARUH KEKAL HANGUS DIJILAT API

RUMAH SEPARUH KEKAL HANGUS DIJILAT API

290
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebuah rumah kediaman separuh kekal musnah hampir 70 peratus dalam kebakaran di Kampung Jejuluk, Banggu di sini, tengah hari tadi.

Menurut Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Azman Mohamad Ghani pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu melalui MERS 999 pada jam 12.55 tengah hari.

“Jarak dari balai ke lokasi kejadian dianggarkan sejauh 9.7 kilometer dan jentera pertama tiba di lokasi pada jam 1.04 petang.

“Menurut laporan awal, kebakaran melibatkan struktur rumah separuh kekal berkeluasan 40 x 60 kaki persegi dan api memusnahkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rumah,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun katanya tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Menurutnya operasi pemadaman membabitkan kira-kira 30 anggota pelbagai pangkat dari tiga balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, BBP Kota Bharu dan BBP Bachok.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.13 petang. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here